Monday, May 21, 2012
   
Text Size

BICARA BUKU DAN PERSPEKTIF ANJURAN PENERBIT UNIVERSITI MALAYA SEMPENA PBAKL 2012

Semua dijemput hadir ke sesi Bicara Buku dan Perspektif anjuran Penerbit Universiti Malaya sempena PBAKL 2012.

bicarabukuum

 

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2012. ‘BUKU: DUNIA TANPA SEMPADAN’

klibf12

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur  2012 dengan tema ‘Buku: Dunia Tanpa Sempadan’  akan bermula pada 27 April hingga 06 Mei 2012 jam 10:00 pagi hingga 9:00 malam. Pesta buku yang terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara ini bakal disertai oleh lebih 250 pempamer.

Read more: PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2012. ‘BUKU: DUNIA TANPA SEMPADAN’

   

BENGKEL "AKU PENJUAL BUKU ILMIAH 2012”

MAPIM menganjurkan “Bengkel Aku Penjual Buku Ilmiah 2012” pada 3 – 6 April 2012 di Permai Hotel,Terengganu sebagai langkah memantapkan persediaan penyertaan dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012. Tuan Hj. Khalid Mazlan, Pengerusi Jawatankuasa Operasi Pemasaran MAPIM dalam ucapan perasmian bengkel ini menegaskan bahawa pengetahuan peserta tentang tugas dan tanggungjawab, khususnya kerjasama dan perkongsian bijak dalam jualan buku semasa menyertai pesta buku dapat memberi sumbangan kepada MAPIM  agar dapat bersaing bagi menghadapi cabaran masa kini.Jawatankuasa bengkel ini dipengerusikan oleh Tuan Hj. Khalid Mazlan (UTM) dan ahli-ahli jawatankuasanya terdiri daripada En. Yosman Bain (UTM), En. Sofian Makmum (INTAN),  En. Zulhilizan Othman (UniMAP) En. Ramli Mosmin (UPSI), En. Mohd Khoiri Md Saman (UUM), En. Mohd Nadzir Abd Manaf (USIM) dan Siti Noraini Mohd Fetri (INTAN).

Read more: BENGKEL "AKU PENJUAL BUKU ILMIAH 2012”

   

PENERBIT UTM PRESS DINOBATKAN PENERIMA ANUGERAH PERDANA PENERBIT UNIVERSITI AWAM, ANUGERAH BUKU NEGARA

Kuala Lumpur 2 Feb. Penerbit UTM Press dinobatkan sebagai penerima kategori Anugerah Perdana Penerbit Universiti Awam, Anugerah Buku Negara 2012 yang disampaikan semasa Majlis Makan Malam Anugerah Buku Negara oleh Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra. 

Read more: PENERBIT UTM PRESS DINOBATKAN PENERIMA ANUGERAH PERDANA PENERBIT UNIVERSITI AWAM, ANUGERAH BUKU NEGARA

   

PENERBIT UTM PRESS GONDOL DUA ANUGERAH

Kuala Lumpur, 1 Feb 2012: UTM Press menjadi kebanggaan UTM apabila memenangi dua kategori Anugerah Buku Negara 2012  yang dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara dengan kerjasama The Oxford Centre for Excellence, United Kingdom, United Kingdom dan disokong oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

 

Read more: PENERBIT UTM PRESS GONDOL DUA ANUGERAH

   

Page 1 of 4